MEDIA
Menjadi Patriot, bersama-sama dalam Perpaduan kita akan menjadikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.


 

 

< BACK TO MAIN PAGE
6th February 2019
RAKYAT MALAYSIA MENUNTUT KEBENARAN BERHUBUNG TUDUHAN KES RM 90 JUTA

 Penyelesaian kes di luar mahkamah di mahkamah London di antara Presiden PAS Hadi Awang dan penerbit Sarawak Report Clare Rewcastle Brown berhubung RM90 juta yang dibayar oleh UMNO kepada pemimpin-pemimpin PAS tidak bermakna kes ini telah ditutup. Rakyat Malaysia menuntut kebenaran berhubung kes ini.
 
Walaupun kes ini tidak akan diadili, namun tuduhan oleh Brown bahawa RM 90 juta telah dibayar kepada para pemimpin PAS kekal. Ini termasuklah rakaman audio Nik Abduh yang bercakap tentang menerima RM 2 juta dari UMNO, yang telah diajukan sebagai bahan bukti oleh Brown dan tidak dicabar oleh Hadi Awang.
 
Dakwaan oleh Brown termasuk perbelanjaan boros oleh para pemimpin PAS membeli rumah dan kereta mewah. Pemimpin PAS menampilkan diri mereka sebagai warak, soleh dan suci, bahkan menjanjikan laluan ke syurga kepada ahli parti di atas sokongan mereka.
 
Rakyat Malaysia ingin mengetahui hakikat sebenar perkara ini kerana wang yang dibayar itu katanya diperolehi daripada dana 1MDB. Ahli-ahli PAS yang telah menyumbang kepada dana perundangan untuk Hadi juga seharusnya berminat mengetahui kebenarannya. Kes ini melangkaui sekadar tuduhan dari Clare Rewcastle Brown terhadap Hadi Awang dan sebaliknya. Apa yang menjadi pertaruhan adalah integriti undang-undang jenayah dan jutaan minda muda yang akan tertanya-tanya apakah rasuah dan ketidakjujuran adalah cara hidup masyarakat moden.

Patriot menyeru kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk memfailkan laporan dengan pihak berkuasa. Sekalipun tiada laporan dibuat, pihak polis dan SPRM seharusnya memulakan siasatan sendiri.
 
BG Dato Mohamed Arshad Raji (B)
Presiden, Persatuan Patriot Kebangsaan
(PPM-005-14-22052017)
www.patriotkebangsaan.org.my