MEDIA
Menjadi Patriot, bersama-sama dalam Perpaduan kita akan menjadikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.


 

 

< BACK TO MAIN PAGE
9th March 2019
SEGERAKAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA YANG BENAR-BENAR TIDAK BERPECAH-BELAH

Rasisme dan politik perkauman kini telah memasuki zon bahaya. Perubahan konstruktif mesti bermula sebelum negara kita dan masyarakat terjerumus kepada kemusnahan secara kekal.

Dalam beberapa pilihan raya kecil yang lalu kelihatan ahli-ahli politik membuat ucapan perkauman yang bertujuan menghasut kebencian untuk memancing undi. Kemuncaknya adalah satu kenyataan yang paling tidak masuk akal iaitu bukan Melayu tidak boleh dilantik sebagai ketua hakim negara, peguam negara dan memnteri kewangan atas alasan bahawa keistimewaan orang Melayu tidak dapat dipertahankan dan orang-orang yang dilantik tidak boleh mengangkat sumpah dengan Al-Qur’an.

Perkembangan terbaru yang meminta MCA dan MIC untuk meninggalkan BN adalah nakal dan membingungkan, dan seterusnya menandakan bahawa politik telah berubah menjadi rasisme yang murni. Para pemimpin pengasas BN telah membentuk koalisi untuk mengukuhkan perpaduan di antara tiga kaum utama Malaya. Dari sudut sejarah, ia adalah pragmatik ketika itu untuk membentuk parti politik berasaskan kaum.

Pemikiran serupa, kesefahaman dan kesanggupan untuk memperkuat ikatan persaudaraan dan pershabatan di antara pelbagai kaum yang telah diukir oleh pemimpin pengasas  kita untuk negara kini diancam oleh ahli-ahli politik yang mementingkan diri sendiri, khususnya oleh mereka yang pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan sebelum ini.

UMNO dan PAS masing-masing telah menjadi parti isu-tunggal, mengungkit tentang ketuanan Melayu atau perpaduan Melayu-Muslim terhadap bangsa lain. Ini telah mendorong ahli politik tertentu PH untuk menyebarkan dasar agenda Melayu.

Satu cara pasti untuk menghapuskan rasisme bermula dengan membentuk parti-parti politik yang tidak berasaskan kaum. Patriot menggesa semua parti politik untuk bergerak ke arah mencapai matlamat itu selaras dengan sifat berbilang kaum masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia tidak boleh terus parokial dari sudut pandang masyarakatnya setelah enam dekad kemerdekaan. Kita perlu bersatu padu sebagai rakyat Malaysia.

Kita mempunyai cukup mainan politik yang membina halangan dan bukannya membina jambatan, cukup mainan politik ‘mereka lawan kita’, dan cukup mainan politik ekslusif dan bukan inklusif. Ini adalah awan gelap politik yang menutupi cahaya terang matahari Malaysia. Toleransi dan kesefahaman dibuang dan diganti dengan perjuangan kebencian kaum. Penyebaran bangsa dan agama kini menjadi teras dan jika dibiarkan berterusan, sedikit sangat harapan untuk melihat masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Patriot ingin menyatakan ini kepada semua pemimpin politk: “Kembali ke landasan untuk berfikir sebagai rakyat Malaysia dahulu dan bukan bukan sebaliknya. Berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia dan jangan amalkan politik sempit dan berperasangka terhadap mana-mana suku kaum”.

Akhir sekali, kami menyatakan perkara ini: “Pembubaran parti politik berasaskan kaum adalah satu-satunya harapan kita untuk melihat kemunculan masyarakat Malaysia yang benar-benar tidak berpecah-belah, sehingga memenuhi impian kita mencapai Malaysia yang harmoni, makmur dan progresif.


BG Dato Mohamed Arshad Raji (B)
Presiden, Presiden Patriot Kebangsaan
Www.patriotkebangsaanorg.my