MEDIA
Menjadi Patriot, bersama-sama dalam Perpaduan kita akan menjadikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.


 

 

< BACK TO MAIN PAGE
10th January 2020
TIDAK PERLU MENYALAHKAN LATHEEFA KOYA DENGAN TERSIARNYA RAKAMAN PERBUALAN TELEFON

 Patriot ingin melihat tindakan pantas dan siasatan terbuka terhadap mereka yang didakwa terlibat dalam melakukan jenayah seperti didedahkan dalam perbualan telefon yang disiarkan kepada umum yang melibatkan bekas PM Najib Razak, isterinya, Rosmah Mansor, bekas Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad, dan beberapa orang yang lain. Mereka ini semuanya telah berada di peringkat jawatan tertinggi dan terkanan seharusnya tidak melakukan jenayah ini dan kami berharap tidak ada seorang pon akan terlepas dari kesalahan ini
 
Kami sedar bahawa keterlibatannya Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam menyiarkan perbualan telefon yang dirakamkan yang melibatkan Najib Razak mungkin merupakan suatu yang dianggap sub judis dan berkemungkinan melanggar undang-undang. Tiada apa pon dalam penyiaran rakaman telefon ini ditambah atau dikurangkan oleh media berbanding apa yang sudah tersiar itu. Kebanyakan kita sekarang tidak merasakan bahawa negara kini dalam keadaan  tidak normal apabila sebahagian besar penduduk kelihatannya yakin bahawa bekas PM masih tidak bersalah dan parti pembangkang mengambil kesempatan menggunakan kad ethno-agama untuk memecahkan perhubungan antara masyarakat dengan lebih lanjut. Pada hakikatnya Negara kita adalah rendah dari segi konflik antara kaum.
 
Ramai penyokong mantan PM dan pentadbiran terdahulu masih dalam minda seperti tidak siuman dan menentang tuduhan skandal kewangan bekas PM itu. Ramai yang masih memilih untuk melihat dengan mata yang tercengang malahan ramai yang telah kehilangan rasa malu mereka terhadap skandal yang memalukan ini.
 
Rakyat juga bosan dengan kes mahkamah yang berlarutan mengenai kemelut 1MDB ini, sementara itu lebih banyak lagi kes serupa belum lagi dibawa ke mahkamah. Oleh itu, tindakan Latheefa Koya yang melepas-siarkan rakaman telefon boleh membantu mengakhiri penderitaan rakyat dan negara. Jika ada apa jua pelanggaran prinsip undang-undang di pihaknya maka terserahlah kepada hakim yang arif untuk memutuskannya. Apa yang penting adalah untuk semua rakyat Malaysia mesti mengakui bahawa jenayah yang sangat serius telah dilakukan oleh pemimpin tertinggi dan oleh pegawai tertinggi kerajaan dalam pentadbiran terdahulu dan sangat memalukan. Kita perlu segera keluar dari igauan  masa lalu yang memalukan ini untuk menutup dan menyembuhkan luka-luka lama, serta keluar dari politik etno-agama dan memberi fokus pada pembangunan negara. Kita perlu berusaha untuk mengukuhkan ekonomi kita. Kita perlu meningkatkan tahap pekerjaan dan pendapatan. Kualiti hidup dan taraf hidup kita perlu meningkat. Terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan.
 
Patriot berpendapat bahawa tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan pasukan pegawai berdedikasinya dalam melepas-siarkan rakaman telefon harus dipuji dan tidak dipandang sinis. Kami diberitahu bahawa walaupun Perdana Menteri tidak dirujuk mengenai sidang akhbar ini, langkah ini dilihat lebih positif ke arah melambangkan SPRM sebagai badan bebas sepenuhnya.
 
Biarlah Tahun Tikus yang mendatang ini, akan dapat memaparkan sebuah Negara-Bangsa Malaysia yang harmoni, makmur dan progresif (yang juga merupakan Visi Patriot kita- Amin).
 
BG Dato Mohamed Arshad Raji (B)
Presiden,
Persatuan Patriot Kebangsaan