MEDIA
Menjadi Patriot, bersama-sama dalam Perpaduan kita akan menjadikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.


 

 

< BACK TO MAIN PAGE
1st April 2020
AMARAN KEPADA SESIAPA YANG MEMUTARBELITKAN KENYATAAN PATRIOT
 
Patriot memberi notis bahawa laporan polis telah dibuat di balai polis Ampang terhadap mereka yang bertanggungjawab memfitnah Presiden, BG Mohamed Arshad Raji (Bersara).  Ini merujuk kepada penyiaran media sosial dalam aplikasi, breakyourownnews.com, dengan kata-kata "Seru Rakyat Tolak Bantuan" yang dikaitkan dengan Jen Arshad dan menyiratkan seolah-olah beliau menggesa orang ramai untuk menolak pemberian bantuan kerajaan.

Kenyataan fitnah terhadap Jen Arshad telah diedarkan secara meluas dalam media sosial pada 31 Mac 2020 oleh seseorang yang menggunakan nama, Salmah Salam.  Polis telah memberi jaminan kepada kami bahawa siasatan akan dijalankan.  Sekiranya punca atau penyebab dapat dikenal pasti kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Kami sedar bahawa ada orang di luar sana yang cuba memutarbelitkan kenyataan media kami untuk memberikan imej buruk kepada Presiden dan organisasi Patriot.  Sebagai contoh, dalam kenyataan terakhir kami pada 28 Mac, kami telah menggesa kerajaan untuk menunjukkan dengan jelas sumber dana untuk pakej rangsangan RM 250 bilion.  Selain daripada itu, kami jua menggesa pengawasan dan ketelusan yang sewajarnya dalam pencairan dana.  Kami secara eksplisit menyebut bahawa dalam keadaan kemelesetan ekonomi yang semakin buruk dek pandemik coronavirus, pakej rangsangan ekonomi amat diperlukan.

Kenyataan kami jelas dan jujur, menunjukkan kelemahan-kelemahan yang wujud dalam pakej RM250 bilion yang diumumkan.  Menulis sesuatu yang bercanggah dengan pernyataan media kami dengan tujuan memburuk imeg dan menghasut orang ramai untuk membenci Patriot adalah tindakan pengecut.  Mereka yang bertanggungjawab juga mempunyai kecerdasan rendah yang tidak mampu melibatkan diri dalam wacana yang bertamadun.  Mereka adalah golongan yang tidak bijak dalam masyarakat.

 Kapt Dr Wong Ang Peng (Bersara)
 Pengarah Komunikasi Awam 
 Persatuan Patriot Kebangsaan
www.patriotkebangsaan.org.my