MEDIA
Menjadi Patriot, bersama-sama dalam Perpaduan kita akan menjadikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.


 

 

< BACK TO MAIN PAGE
4th November 2017
APA PERLUNYA ANAK KELAHIRAN MALAYSIA MEMENTINGKAN KETURUNAN?

Apa perlunya anak kelahiran Malaysia mementingkan lagi keturunan mereka; iaitu samada mereka dari keturanan Java, India, Cina, Minang, Arab, Pakistan, Bugis atau apa saja? Bukankah mereka semuanya warganegara Malaysia dan yang berbangsa Melayu, dan tidak pula mereka dikenali dengan keturunan mereka? Cuba lihat pada kad pengenalan mereka? Apa yang tertulis dalam kad pengenalan itu? Ada tak keturanan mereka dinyatakan?

Tempoh hari, berbagai komen dan desakan telah disuarakan olih gulungan yang mengaku diri mereka dari keturunan Bugis yang mahukan Tun Dr Mahathir memohon maaf kerana telah melebalkan Bugis sebagai lanun dan perompak. Ada juga satu pihak yang lain yang mahukan Tun Mahathir didakwa, kononnya telah mengeluarkan kata-kata menghina kaum Bugis. Ada pula seorang menteri kanan UMNO yang telah mengaitkan isu ini dengan seorang pemimpin kanan Indonesia dari keturunan Bugis, yang dikatakan telah marah dengan kenyataan Tun Mahathir itu. 

Saya ingin bertanya kepada mereka ini, mengapa bilamana seorang menteri kanan UMNO menyindir Tun Mahathir itu dari keturunan India, tidak ada pula desakan bahawa menteri kanan UMNO itu di dakwa. Malahan, Tun Mahathir telah menerima sindiran itu dengan penuh kesabaran, dan meminta menteri kanan UMNO tersebut tunjukkan kad pengenalan lama Tun Mahathir yang ada mencatakan nama dan keturunan Tun Mahathir itu dari India. Hingga sekarang, tidak ada sebarang bukti dapat di tunjukkan olih menteri kanan UMNO tersebut. Bukankah ini satu penipuan?

Bagi saya, ini semua mainan politik yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kesatuan dan perpaduan bangsa Melayu negara ini. Adakah kita dari berbagai keturunan yang lahir di negara ini tidak lagi mahu menganggap diri kita sebagai bangsa Melayu, dan mahukan kita dikenali dengan keturunan kita? Kalau itulah yang kita mahu, maka saya kuatir bangsa Melayu akan pupus dimuka bumi Malaysia ini disebabkan ketiadaan kesatuan dan perpaduan bangsa Melayu.

Kami dari Persatuan Patriot Kebangsaan tidak rela keturunan menjadi isu yang bolih memecah-belahkan perpaduan bangsa Malaysia, khasnya dari khalangan bangsa Melayu. Begitu juga, kami tidak rela isu perkauman dan agama diapi-apikan olih mana-mana pihak yang akan membawa perpecahan kepada perpaduan dan keharmonian rakyat.

Apa ertinya Satu Malaysia yang menjadi laungan pemimpin UMNO sekiranya mereka sendiri yang menjadi punca segala perbalahan dan perpecahan bangsa Malaysia? Satu Malaysia tidak akan memberi apa-apa makna bilamana kita tidak berani menghakiskan sikap taksub bangsa Melayu yang mementingkan keturunan mereka. Yang penting sekali, di dunia globalisasi yang semakin pesat, dan cabaran-cabaran ekonomi dunia yang tidak tertentu; Satu Malaysia penting menyatukan semua warganegara, memupuk perpaduan, demi cinta negara. Satu Malaysia bersamaan rakyat bersatu.
 

Rujukan artikel dari:
https://malaysiadateline.com/apa-perlunya-anak-malaysia-pentingkan-keturunan/



BG Dato Mohd Arshad Raji (Rtd)
President - Persatuan Patriot Kebangsaan

(PPM-005-14-22052017)