MEDIA
Menjadi Patriot, bersama-sama dalam Perpaduan kita akan menjadikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.


 

 

< BACK TO MAIN PAGE
13th November 2017
USIR KELUAR SEMUA PESALAH DARI NEGARA CHINA YANG TERLIBAT DALAM SERANGAN KE ATAS PIHAK POLIS

Kejadian serangan oleh satu kumpulan rakyat negara China terhadap pihak polis yang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah rumah yang disyaki menjalani akitiviti perjudian haram, telah belaku pada malam Sabtu, 11hb November 201. Kejadian ini berlaku di Jalan Abraham, off Jalan Khoo Teik Ee, Kuala Lumpur. Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi mempertahankan diri. Dipercayai seramai 200 orang rakyat negara China menduduki beberapa buah rumah di kawasan berlakunya kejadian serangan itu.

Ini merupakan kejadian pertama melibatkan pekerja rakyat negara China dengan polis yang pada jangkaan kami boleh mencetuskan ketegangan keselamatan dalam negara. Pekerja rakyat negara China dikatakan telah memasuki negara ini dalam bilangan yang besar, dan sudah pun berada di beberapa buah negeri di tempat projek yang diusahakan oleh mereka sedang berjalan. 

Umumnya kita tahu bahawa projek usaha syarikat negara China yang bernilai jutaan ringgit sedang belaku di negeri Johor, Melaka, Pahang dan Kuala Lumpur. Projek-projek ini memerlukan ribuan tenaga kerja yang kesemuanya didatangkan dari negara China. Berkaitan ini adakah rakyat tempat mendapat peluang untuk bekerja dalam projek-projek ini?

Persatuan Patriot Kebangsaan memandang serius terhadap kejadian serangan terhadap polis oleh rakyat negara China, dan mendesak pihak yang terlibat bertindak dengan sekeras-kerasnya terhadap semua pesalah dengan mengusir keluar mereka dari negara ini. Ini harus dilakukan dengan serta merta. Kami tidak nampak sebarang kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh pihak yang bertanggung jawab terhadap kejadian yang sangat serius ini. Perbuatan rakyat negara China ini melampaui batas and memberi kesan negatif terhadap martabat negara kita.

Kerajaan harus ingat bahawa selain daripada perkerja dari negara China, terdapat para pekerja dari negara Bangladesh, India, Indonesia, Myanmar dan Nepal yang bilangan mereka sudah menjangkau jutaan banyaknya. Sekiranya kerajaan tidak menunjukkan ketegasan dalam menangani kejadian rusuhan seperti yang lakukan oleh rakyat negara China, kemungkinan kejadian yang sama boleh juga dilakukan oleh pekerja rakyat negara lain yang ada di negara ini.

Kerajaan perlu berhati-hati, ada kemungkinan antara para pekerja China yang didatangkan ke negara ini sudah terlatih dalam ilmu ketenteraan. Jika ini didapati benar, tidakkah mereka ini pada satu hari nanti boleh menjadi ancaman terhadap keselamatan negara ini? Kami mendesak kerajaan supaya jangan sekali-kali memandang ringan terhadap tanggapan kami ini, malah harus proaktif dan menyiasat sama ada tanggapan kami ini benar ataupun tidak. Keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dikompromikan, malah mesti dipertahankan oleh rakyat berbilang bangsa yang cinta akan tanah pusaka ini.

Persatuan Patriot Kebangsaan ingin menjemput para anggota masyarakat supaya melihat pasukan Polis Negara dari kancah mata yang positif. Dalam kejadian ini, anggota polis tersebut seseorang yang amat berani. Beliau telah menggadaikan nyawanya pabila berhadapan dengan kumpulan orang-orang asing itu. Keberanian beliau patut dipuji dan dikenangi oleh masyarakat. Banyak anggota polis yang lain telah memerangi pelbagai jenayah demi menjaga keamanan negara. Mereka juga menghalang kemasukan pendatang haram dan menjaga lalu lintas di bandar-bandar besar. Semasa darurat pada tahun 1970an, anggota-anggota polis terlibat dalam operasi menentang komunis. Anggota-anggota pasukan polis, seperti anggota-anggota pasukan tentera, banyak berjasa kepada negara. 
 

Rujukan artikel dari:
https://patriotnegara.com/2017/11/12/usir-keluar-semua-pesalah-dari-negara-china-yang-terlibat-dalam-serangan-keatas-pihak-polis/



BG Dato Mohd Arshad Raji (Rtd)
President - Persatuan Patriot Kebangsaan

(PPM-005-14-22052017)