MEDIA
Menjadi Patriot, bersama-sama dalam Perpaduan kita akan menjadikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.


 

 

< BACK TO MAIN PAGE
23rd November 2017
PATRIOT SOKONG DEKLARASI ASEAN BERHUBUNG KEBUDAYAAN PENCEGAHAN (CULTURE OF PREVENTION) (CoP)

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani Johari, pada 22 Nov 17 mengumumkan bahawa ASEAN baru-baru ini telah mengambilpakai Kebudayaan Pencegahan (CoP) untuk proaktif dan berusaha menghalang keganasan masyarakat (Bernama 22 Nov 17). CoP melibatkan penanaman nilai-nilai kebersamaan, keamanan, keharmonian, pemahaman antara budaya, hormat menghormati, amanah, toleransi, keterangkuman, kesederhanaan, tanggungjawab sosial, dan kepelbagaian.

Persatuan Patriot Kebangsaan (PPK) menyokong sepenuhnya pernyataan Timbalan Menteri dan nilai-nilai, seperti yang disebutkan, untuk disematkan ke dalam masyarakat kita. Secara kebetulan, nilai mulia ini dikongsi oleh ahli-ahli kami, yang terdiri daripada veteran tentera dan anggota polis yang telah bersara. Visi, objektif dan pelan tindakan kami adalah berpandukan nilai-nilai ini.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan bibir (lip service) adalah fenomena biasa dalam kerjaya para ahli politik dan dunia politik. Jika Timbalan Menteri berpegang pada apa yang telah dikatakannya dan melaksanakannya sebagai pelan tindakan dalam perkhidmatan kerajaan, kami Patriot bersedia untuk bekerjasama dengan beliau, pihak kerajaan dan semua parti politik, demi kebaikan masyarakat dan negara kita. Untuk permulaannya, perlu ada moratorium ke atas semua aktiviti pasukan siber berbayar yang menimbulkan kebencian, perpecahan dan penyebaran berita palsu. Ahli politik perlu bersikap matang dan menunjukkan contoh yang baik kepada belia kita dengan tidak mengucapkan kata-kata dan bahasa yang menghina; dan jangan mengucapkan atau menggunakan lelucon seks untuk menyinggung kaum wanita. Deklarasi menghasut oleh individu atau kumpulan, seperti 'langkah mayat saya', dalam memperjuangkan hak etnik; harus disifatkan sebagai tingkah laku yang tidak matang dan dilihat sebagai tindakan menghina. Ini semata-mata kerana tingkah laku yang tidak matang itu boleh dianggap gagal menepati semua nilai yang disebutkan di atas.

Patriot ingin mengulangi seruan kami kepada semua parti politik supaya komited untuk memupuk perpaduan dan keharmonian kaum. Kita berhutang kepada anak-anak dan cucu-cucu kita, generasi masa depan, untuk membina negara yang harmoni, makmur, dan progresif.
 

 

BG Dato Mohd Arshad Raji (Rtd)
President - Persatuan Patriot Kebangsaan

(PPM-005-14-22052017)