MEDIA
Menjadi Patriot, bersama-sama dalam Perpaduan kita akan menjadikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.


 

 

< BACK TO MAIN PAGE
23rd March 2018
PATRIOT DESAK SIASATAN DILAKUKAN KE ATAS KERJA-KERJA HARAM ‘CAMBRIDGE ANALYTICA’
Merujuk kepada pendedahan semasa, tuduhan, penafian dan penafian atas penafian berhubung penambangan data haram dan kerja-kerja pemilihan oleh Cambridge Analytica dan kumpulan induknya SCL, Persatuan Patriot Kebangssan (Patriot) dengan dengan tegas mendesak agar  pihak berkuasa memulakan siasatan dengan kadar segera. Siaran media kami pada 21 March 2018 menyatakan operasi rahsia haram ini memiliki elemen-elemen pengintipan dan espionaj, dan menggesa pihak berkuasa supaya membuat siasatan.
 
Dalam pendedahan ‘British Channel 4 News’, ketua-ketua korporat utama Cambridge Analytica, sebuah firma analitik data besar, telah dirakam dan dengan bongkaknya menyatakan mereka boleh memeras ahli-ahli politik , menghantar wanita untuk memerangkap mereka, dan bantu menyebarkan propaganda untuk menolong pelanggan mereka. Menurut laman web Cambridge Analytica dan pendedahan berita Channel 4, syarikat itu telah melakukan kerja untuk parti-parti politik di beberapa buah negara, termasuk Malaysia. 
 
Usaha rahsia penambangan dan menggunakan data oleh Cambridge Analytica dari akaun Facebook adalah bertentangan dengan prinsip Perlindungan Data Peribadi, antaranya adalah persetujuan terlebih dahulu dari individu perlu diperolehi. Ia melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi tahun 2010. Tindakan menggunakan wanita untuk memerangkap ahli-ahli politik boleh dilihat melalui sudut etika.  Walau bagaimanapun, kegiatan gelap menggunakan propaganda untuk menyebarkan sebarang maklumat, dalam bentuk berita palsu melalui media sosial untuk menghasut emosi negative, untuk membenci, mengelirukan, memecah belah, dan menyebabkan ketidakharmonian di kalangan rakyat Malaysia; adalah kerja perisik untuk memusnahkan negara kita. Mana-mana parti politik tempatan yang bersekongkol dan bersubahat dengan kegiatan haram ini mestilah dikenakan tindakan undang-undang yang sekeras-kerasnya.
 
Patriot mendapati penafian dan tuduhan terbaru ketua SCL Asia Tenggara, Azrin Zizal, sangat pelik. Sekiranya dia terlibat dalam kerja-kerja pengintipan semasa PRU13, dia mungkin akan menutup mulutnya dan tidak mengatakan bahawa dia telah melakukannya untuk Mukhriz Mahathir. Kenyataan luar biasa Azrin memaklumkan bahawa dia dan syarikatnya mungkin bekerja untuk pihak tertentu, mungkin dalam PRU14. Sekiranya benar, aktiviti haram ini mesti dihentikan dan tindakan undang-undang diambil terhadap para pelaku dan rakan-rakan mereka.
 
https://malaysiadateline.com/siasat-kerja-kerja-haram-cambridge-analytica-gesa-patriot/
 
BG Dato Mohamed Arshad Raji (B)
Presiden, Persatuan Patriot Kebangsaan
(PPM-005-14-22052017)
www.patriotkebangsaan.org.my