MEDIA
Menjadi Patriot, bersama-sama dalam Perpaduan kita akan menjadikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.


 

 

< BACK TO MAIN PAGE
24th March 2018
TIDAK MUNGKIN ATAU MUNGKIN TERJADI ‘SERANGAN PADA MINIT TERAKHIR’
Kami merujuk kepada dua laporan Bernama yang dibuat pada 22 Mac 18, satu kenyataan di sebelah pagi oleh KPN, dan satu lagi kenyataan pada malam harinya oleh Menteri Pertahanan. KPN, Tan Sri Muhamad Fuzi Harun, dilaporkan berkata polis telah mengenal pasti kira-kira 1,100 individu dan organisasi yang berpotensi untuk melakukan ‘serangan kejutan pada minit terakhir’ untuk mewujudkan kekacauan pada pilihan raya umum ke-14. Beliau juga berkata bahawa polis telah mengenal pasti 116 kawasan di semenanjung dan 33 di Sabah dan Sarawak sebagai 'lokasi panas' sempena PRU14.   
 
Kemudian pada hari yang sama Menteri Pertahanan, Datuk Hishamuddin Hussein, dilaporkan berkata bahawa Panglima Angkatan Tentera dan KPN sentiasa berkongsi maklumat mengenai pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan ancaman atau cuba memanfaatkan situasi tertentu. Menteri itu kononnya berkata jika anggota tentera dikenalpasti di antara mereka yang merancang untuk mewujudkan kekacauan semasa PRU14, beliau akan mengambil tindakan terhadap mereka; dan tidak akan berkompromi sekiranya anggota tentera didapati merancang melakukan serangan minit terakhir terhadap pilihan raya umum ke-14.   
 
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mendapati kenyataan itu agak pelik. Kenapa sesiapa sahaja, mana-mana warganegara Malaysia yang waras mahu melakukan serangan 'minit terakhir'? Apakah motifnya? Melainkan mereka berada dibawah pengaruh dadah ataupun berhalusinasi, tidak ada sesiapa yang waras mahu melakukan perbuatan bodoh dan keganasan bersenjata melampau untuk mengganggu pilihan raya. Dengan ketidakmungkinan berlakunya insiden ini, kami mempunyai keyakinan penuh dengan pasukan polis kita untuk mengambil tindakan segera membenteras dan menahan para pelaku. Hukuman terhadap keganasan bersenjata dan hukuman mati tidak dapat dipisahkan di negara kita.   
 
Malah kemungkinan serangan ISIS yang sering disebut, Patriot berpendapat bahawa modus operandi dan motif mereka adalah tidak sesuai untuk mengganggu pilihan raya kita dengan ‘serangan minit terakhir’. Anggota perisikan polis dan tentera kita mempunyai rekod cemerlang dan mampu membenteras sebarang aktiviti khianat seperti ini. Mengetahui dan memahami anggota perisikan kita, mereka tidak akan gagal. Sebarang pelanggaran keselamatan, apa-apa kegagalan, adalah perencanaan untuk gagal.
 
Bagi kakitangan tentera, Patriot penuh yakin bahawa para pegawai dan anggotanya berdisiplin dan mematuhi undang-undang tentera. Adalah sukar dibayangkan untuk sesiapa sahaja dalam tentera, melancarkan serangan gila ‘minit terakhir’, kecuali jika, seseorang itu tidak siuman, atau pun tidak siuman buat sementara waktu kerana dipengaruhi dadah.
 
Walau bagaimanapun, serangan 'minit terakhir' mungkin juga berlaku. Memandangkan kehilangan kepentingan (stake) jika kalah dalam pilihan raya adalah sangat tinggi, ini mungkin terjadi pada saat-saat terakhir apabila ramalan keputusan pilihan raya berlaku. Sekiranya ada motif, maka motif tersebut terletak pada pihak yang kurang senang dengan keputusan pilihan raya. Dengan kemungkinan terjadinya insiden seperti ini, Patriot sekali lagi yakin mereka yang berpakaian seragam, polis dan tentera, akan berdiri bersama rakyat Malaysia, dan melakukan perkara yang betul, dan tidak memihak.
 
 
BG Dato Mohamed Arshad Raji (B)
Presiden, Persatuan Patriot Kebangsaan
(PPM-005-14-22052017) 
www.patriotkebangsaan.org.my