MEDIA
Menjadi Patriot, bersama-sama dalam Perpaduan kita akan menjadikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.


 

 

< BACK TO MAIN PAGE
11th April 2018
PERTUKARAN TANAH TENTERA YANG DISELUBUNGI KERAHSIAAN ADALAH SATU SKANDAL
Kementerian Pertahanan (Kementah) hari ini (Bernama 11 April) mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan bahawa sebuah syarikat telah dilantik untuk melaksanakan projek pembangunan di bawah Kementah, termasuk penswastaan pertukaran (swap) tanah, mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS ). Ia juga menyebutkan bahawa syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek-projek yang berbeza tidak ada hubung kait antara satu sama lain, dan setiap projek perlu melalui perbincangan oleh jawatankuasa di kementerian terlebih dahulu dan satu lagi jawatankuasa di UKAS, sebelum mendapat kelulusan kabinet. 
 
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) pada 9 April telah memajukan tiga soalan mengenai isu penswastaan tanah Kementah /Angkatan Tentera ini. Kenyataan oleh Kementah hari ini menimbulkan lebih banyak pertanyaan:
1. Apakah nama syarikat yang dilantik untuk melaksanakan projek pembangunan Kementah dan juga projek penswastaan pertukaran tanah?
2. Siapakah pemilik-pemilik syarikat berkenaan?
3. Bagaimanakah warga angkatan tentera, dan angkatan tentera mendapat manfaat daripada projek penswastaan pertukaran tanah tersebut?
4. Mengapakah urusan projek penswastaan pertukaran tanah ini diselubungi kerahsiaan? 
 
Patriot rasa jijik melihat terlalu banyak skandal, skandal demi skandal, khususnya dalam lima tahun kebelakangan ini. Isu penswastaan pertukaran tanah Kementah / Angkatan Tentera, di mana transaksi yang dibuat diselubungi kerahsiaan, adalah contoh urus tadbir yang buruk yang memualkan rakyat. Ini adalah satu skandal. 
 
BG Dato Mohamed Arshad Raji (B)
Presiden, Persatuan Patriot Kebangsaan
(PPM-005-14-22052017)
www.patriotkebangsaan.org.my