MEDIA
Menjadi Patriot, bersama-sama dalam Perpaduan kita akan menjadikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.


 

 

< BACK TO MAIN PAGE
14th April 2018
UNDI AWAL 5 MEI – PATRIOT MENAWARKAN DIRI UNTUK MENJADI EJEN TEMPAT MENGUNDI DAN MEMANTAU PELAKSANAAN KAEDAH PENGUNDIAN
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) telah membuat keputusan untuk terlibat secara aktif dalam acara pengundian awal pada 5 Mei. Atas permintaan popular dari rakyat Malaysia yang tak terhitung jumlahnya di seluruh negara, Patriot menawarkan diri untuk menjadi ejen tempat mengundi (polling agent) pada 5 Mei, dan pada masa yang sama membantu memantau pelaksanaan kaedah pengundian. Patriot ingin melihat acara ini dijalankan secara adil untuk semua parti politik dan calon yang bertanding. Pada 5 Mei ahli-ahli kami akan hadir di sejumlah kem tentera dan polis di seluruh negara untuk tujuan pemantauan.
 
Patriot sekali lagi ingin meyakinkan semua pengundi, dan khususnya penjawat awam, tentera dan anggota polis, bahawa undi anda adalah rahsia. Adalah hak anda seperti termaktub di dalam perlembagaan untuk mengundi mana-mana parti atau calon yang anda suka. Peraturan pengundian dan proses mengeluarkan slip pengundian kepada setiap pengundi membuatnya mustahil untuk undian anda dikesan.
 
Bagi anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat dan pasangan anda, tiada siapa yang boleh mengundi bagi pihak anda. Sesiapa sahaja yang mengundi bagi pihak anda, telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
 
Bagi semua rakyat Malaysia yang telah mendaftar untuk mengundi, jadilah patriot Malaysia yang sebenar. Laksanakan tanggungjawab patriotik anda dan keluarlah mengundi. Malaysia memerlukan anda.
 
Banyak yang perlu kita dilakukan selepas pilihan raya umum ini. Kita perlu menyatukan semula masyarakat kita, membina semula negara kita, dan menjadikan Malaysia unggul sekali lagi. Setiap rakyat Malaysia, setiap suku kaum, setiap orang, mesti rasa diri mereka dihargai dan memiliki semangat kekitaan terhadap negara ini. Patriot mengajak semua rakyat Malaysia untuk berkongsi visi kami, untuk membina sebuah negara yang harmoni, makmur dan progresif.
 
 
BG Dato Mohamed Arshad Raji (B).
Presiden, Persatuan Patriot Kebangsaan
(PPM-005-14-22052017)
www.patriotkebangsaan.org