KENYATAN AKHBAR
Menjadi Patriot, bersama-sama dalam Perpaduan kita akan menjadikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.


 

 

< BACK TO MAIN PAGE
7th December 2017
UMNO, JANGAN MENGAPI-APIKAN SENTIMEN PERKAUMAN

Kami telah beberapa kali mengingatkan parti-parti politik agar tidak menggunakan sentimen perkauman dalam ucapan dan kempen politik mereka. Ini adalah taktik lama berkempen yang telah digunapakai sejak lebih daripada 50 tahun yang lalu. Taktik sedemikian boleh memecahbelahkan, menimbulkan kebencian melulu, dan mengakibatkan perasaan terluka yang amat dalam. Agak sukar untuk dipulihkan. Taktik sebegini berkesan kerana masyarakat kita belum mencapai tahap kemakmuran (affluence) yang diharapkan dan kurang dinamik. Kita rakyat Malaysia mesti menolak taktik kotor berkempen yang memecahbelahkan ini dan menguburkannya ke dalam lipatan sejarah zaman 'jurassic' untuk selama-lamanya.

Adalah sama sekali tidak perlu mengapi-apikan sentimen perkauman dengan menyebut 'Cina DAP'. Silakan serang lawan politik anda dengan membangkitkan isu-isu dan menamakan parti-parti politik berkenaan. Kami tidak mendengar mana-mana pihak yang menyebut 'Melayu UMNO', 'Cina MCA', 'India MIC' atau 'Kadazan PBS'. Hanya nama parti yang disebutkan dan begitulah yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, apabila ia berkaitan dengan DAP, etnik perlu dikaitkan dengan parti ini. Ini adalah cara yang tidak bertamadun, kurang matang dan tidak berpendidikan (yang sering digunakan semasa menyampaikan ucapan dan semasa berkempen).

Masyarakat kita kini terdesak untuk bersatu dan membina semula negara. Sumber manusia adalah penting. Setiap warganegara harus merasa diri mereka penting, diperlukan, dan diterapkan semangat kekitaan dan cinta akan Raja dan Negara.

UMNO, tolonglah arahkan ahli-ahli parti anda supaya menjadi lebih dewasa dan berfikir secara matang sebagai RAKYAT MALAYSIA.


Rujukan artikel dari:
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/26432/




BG Dato Mohd Arshad Raji (Rtd)
President - Persatuan Patriot Kebangsaan

(PPM-005-14-22052017)