MEMBERS
It hopes to make Malaysia a happier Nation for all.


 

PERLEMBAGAAN BAGI
PERTUBUHAN INDUK
PERSATUAN PATRIOT KEBANGSAAN

 

 

Fasal 1 Nama

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PATRIOT KEBANGSAAN; selepas ini disebut "Pertubuhan".

(2) Takrif Nama :
"PATRIOT" adalah nama sengkatan atau gelarlan kepada Persatuan Patriot Kebangsaan, dan bagi maksud perlembagaan ini perkataan PATRIOT dan Persatuan mempunyai makna yang sama. "bekas Pasukan Keselamatan" bermaksud mereka yang telah dan pernah berkhidmat di dalam Angkatan Tetera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

"bekas Pegawai-Pegawai Pasukan Keselamatan Malaysia" adalah terdiri dari mereka yang pernah dan telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia yang menyandang pangkat Leftenan Muda atau setaraf hingga ke pangkat Jeneral atau setaraf, atau mereka yang pernah dan telah berkhidmat dengan Polis DiRaja Malaysia yang menyandang pangkat Inspektor Polis Percubaan yang di gazzetkan hingga kepangkat Inspektor Jeneral Polis yang di gazzetkan.

"bekas lain-lain pangkat Pasukan Keselamatan Malaysia" adalah terdiri dari mereka yang pernah dan telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia atau dengan Polis DiRaja Malaysia yang menyandang pangkat selain dari yang di maksudkan oleh istilah "bekas Pegawai-Pegawai Pasukan Keselamatan Malaysia".

"bekas persara kakitangan perkhidmatan awam" adalah mereka yang telah dan pernah berkhidmat dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan; perkhidmatan awam am Persekutuan; perkhidmatan awam negeri-negeri di Malaysia; dan perkhidmatan pendidikan di Malaysia.

"Rakan Patriot" bermaksud ahli-ahli sukarela yang telah mencapai umur 18 tahun keatas yang mempunyai kerakyatan Malaysia yang sah.

(3) Taraf Pertubuhan : Kebangsaan

 


 

Fasal 2 TEMPAT URUSAN

  1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
    NO. 1 JALAN DUTAMAS SEROJA 3, TAMAN SEGAMBUT SPPK 51200

    dan alamat untuk surat-menyurat adalah
    NO. 1 JALAN DUTAMAS SEROJA 3, TAMAN SEGAMBUT SPPK, 51200 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
    atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa kesemasa oleh Jawatankuasa;

  2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.


 

Fasal 3 TUJUAN/MATLAMAT

  1. Mengujudkan semangat cinta pada Negara kepada rakyat Malaysia.
  2. Membantu Pemerintah dan Rakyat dalam hal-hal keamanan, keselamatan dan pertahanan Negara jika buah fikiran dan tenaga PATRIOT diperlukan.
  3. Memperjuangkan untuk mempertahankan kedaulatan, kebebasan dan kemerdekaan Negara sentiasa berkekalan menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  4. Menjadi kumpulan yang mampu mempengaruhi rakyat dan pemerintah terhadap mana-mana dasar pemerintahan; atau tindakan mana-mana pihak berkuasa tertentu dalam Negara atau mana-mana pertubuhan atau kumpulan yang tertentu dari dalam atau luar negara; atau mana-mana individu dari dalam atau luar Negara yang akan menjejaskan keselamatan atau pertahanan Nagara dan rakyat Malaysia amnya.
  5. Memantau kepatuhan rakyat, organisasi dan pemerintah terhadap PerlembagaanPersekutuan serta undang-undang Negara, ketaatan kepada system demokrasi raja berparlimen dan amalan konsep Rukun Negara. Bagi memenuhi tujuan ini PATRIOT akan bertindak sewajarnya mengikut undang-undang Negara supaya pihak berwajib, oraganisasi atau individu berkaitan termaklum dan bertindak sewajarnya.
  6. Membuat kerja-kerja amal untuk membantu mangsa bencana alam dan bencana perang bagi Rakyat Malaysia dan Rakyat luar Negara mengikut kemampuan dan keperluan keadaan.
  7. Memperjuangkan hal-hal kebajikan bekas-bekas Pasukan Keselamatan Negara termasuk isteri/suami, balu-balu, dan keluarga yang masih dalam tanggongan mereka yang berumur 25 tahun kebawah. PATRIOT juga akan memperjuangkan hal-hal kebajikan ahli-ahli bersekutunya yang bukan dari bekas Pasukan Keselamatan Negara.
  8. Mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu; hak keistimewaan Melayu dan bumiputra; bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan agama Islam sebagai agama resmi Malaysia.
  9. Untuk meningkatkan kerharmonian antara kaum di semua peringkat pendidikan di semua jenis sekolah, kolej, university dan perkhidmatan awam yang bertujuan untuk mencapai intergerasi dan keharmonian nasional.
  10. Untuk mempengaruhi di antara dasar-dasar awam kearah mengekalkan kerharmonian dan intergrasi Nasional.
  11. Untuk mempengaruhi kearah pengkajian komprehensif terhadap dasar dan stratigi pendidikan nasional bagi megurangkan penhijarahan tenaga mahir dari arus utama nasional.
  12. Untuk melakukan apa sahaja usaha yang perlu untuk mengurangkan pengaliran keluar pelaburan pokok dan pelaburan langsung asing supaya negara boleh mencapai tahap pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi dan produktif.
  13. Untuk membantu mengujudkan Malaysia yang lebih ceria untuk rakyatnya dalam hal sosial dan ekonomi.

 


 

Fasal 4 KEAHLIAN

  1. Kriteria keahlian persatuan adalah seperti berikut;

    A. AHLI BIASA

    i. Kewarganegaraan :
    Malaysia

    ii. Umur Minima : 30 tahun

    iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Seluruh Malaysia dan seluruh dunia

    iv. Keturunan/Bangsa :
    Semua keturunan, suku dan bangsa

    v. Jantina : lelaki dan perempuan

    vi. Agama : Semua agama dan kepercayaan yang di iktiraf oleh kerajaan Malaysia

    vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Ahli biasa hendaklah terdiri dari bekas Pegawai Pegawai Pasukan Keselamatan Malaysia, yang tidak mempunyai rekod jenayah didalam atau di luar Negara semasa atau selepas berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan Malaysia.

    viii. Hak Untuk Mengundi dan Memegang Jawatan AJK Induk : Ahli Biasa berhak untuk di pilih/dilantik bagi menjawat jawatan ahli jawatankuasa induk menurut peraturan perlembagaan persatuan ini.


    B. AHLI BERSEKUTU

    i. Kewarganegaraan :
    Malaysia

    ii. Umur Minima :
    30 tahun

    iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli :
    Seluruh Malaysia dan seluruh dunia

    iv. Keturunan/Bangsa :
    Semua keturunan, suku dan bangsa

    v. Jantina :
    lelaki dan perempuan

    vi. Agama :
    Semua agama dan kepercayaan yang di iktiraf oleh kerajaan Malaysia

    vii. Kriteria Keahlian Yang Lain :
    Ahli bersekutu hendaklah terdiri dari bekas lain-lain pangkat pasukan Keselamatan Malaysia dan bekas persara kakitangan awam yang tidak mempunyai rekod jenayah didalam atau di luar Negara semasa atau selepas berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan Malaysia atau perkhidmatan awam berkenaan.

    viii. Hak Untuk Mengundi dan Memegang Jawatan:
    Ahli bersekutu tidak berhak untuk di pilih/dilantik bagi menjawat mana-mana jawatan ahli jawatankuasa induk. Walau bagaimanapun ahli bersekutu akan menikmati hak-hak lain seperti ahli biasa dan boleh dilantik menjadi ketua atau ahli jawatan kuasa kecil di bawah ahli-ahli jawatankauasa induk yang berkenaan selepas di persetujui oleh mesyuarat Ahli Jawatan kuasa induk.



    C. AHLI KEHORMAT

    i. Ahli Kehormat adalah orang perseorangan yang di lantik oleh Ahli Jawatan Kuasa dari masa ke semasa untuk tempoh satu (1), Tiga (3) atau lima (5) tahun dan jika perkhidmatan nya masih di perlukan boleh di sambungkan mengikut jangka masa yang di peruntukan.

    ii. Ahli kehormat tidak boleh mengundi atau memegang sebarang jawatan dalam persatuan tetapi boleh memberi pandangan dan cadangan jika perlu.

    iii. Ahli kehormat di kecualikan dari membayar yuran.

    iv. Ahli kerhormat berhak menikmati keistimewaan seperti ahli biasa.



    D. AHLI SEUMUR HIDUP

    i. Ahli seumur hidup adalah ahli biasa atau ahli bersekutu yang membayar yuran sekali gus mengikut kadar yang di tetapkan dalam perlembagaan untuk seumur hidup



    E. AHLI GABUNGAN

    i. Ahli gabungan adalah ahli dari persatuan lain yang bergabung untuk tujuan bersama mengikut projek atau perjuangan tertentu yang di pimpin oleh PATRIOT.

    Keahlian ini akan terbubar dengan sendiri apabila projek atau perjuangan berkenaan tamat atau AJK persatuan mengistiharkan pergabungan tersebut telah tamat.




    F. AHLI SUKARELA

    i. Ahli sukarela ini di gelar sebagai Rakan Patriot.

    ii. Rakan Patriot tidak mempunyai hak mengundi dan tidak melibatkan diri dalam pengurusan Persatuan.

    iii. Rakan Patriot tidak mempunyai hak mengundi dan tidak melibatkan diri dalam pengurusan Persatuan..

    iv. Peranan dan aktiviti Rakan Patriot di jelaskan di dalam undang-undang kecil Persatuan ini.

    v. Yuran Tahunan Rakan Patriot adalah mengikut kadar yang di tetapkan dalam undang-undang kecil Patriot.


  2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.

  3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebutdi atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Persatuan dan hendaklah ia sebagai ahli.

 


 

Fasal 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

  1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah member kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

  2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik PATRIOT boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan nya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

 


 

Fasal 6 SUMBER KEWANGAN


Sumber kewangan persatuan ini adalah daripada:

  1. Bayaran masuk : RM 5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja)

  2. Yuran Tahunan : RM 12.00 (Ringgit Malaysia Dua Belas Sahaja)
    a) Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan
    b) Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli ) RM 100.00
    c) Ahli yang membiarkan hutang yuran nya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
    d) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga ( 3 )tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli PATRIOT dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadap nya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
    e) Juran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran.
    f) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran.

  3. Sumbangan: Persatuan bolih menerima sumbangan dari bentuk kewangan atau barangan bagi kegunaan persatuan dari:
    a) Kerajaan
    b) Swasta
    c) Orang Perseorangan
    d) Pertubuhan tempatan atau luar negara bagi projek-projek tertentu yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa.

  4. Semua sumbangan hendaklah di rekodkan sebagai harta persatuan dan tidak kepada individu.

  5. Kegiatan Ekonomi: Persatuan hanya boleh membuat kegiatan ekonomi untuk ahli-ahli sahaja. Persatuan boleh juga menubuhkan Koperasi jika di persetujui oleh Mesyuarat Agong.

 


 

Fasal 7 MESYUARAT AGUNG

  1. Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir didalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

  2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan persatuan.

  3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dalam tempoh dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. AgendaMesyuarat Agung Tahunan adalah:
    a) mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti persatuan yang lalu;
    b) mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit;
    c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)
    d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

  4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan, satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan.

  5. Mesyuarat Agung Khas bagi persatuan ini boleh diadakan:
    a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
    b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi; dengan
    c) menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.

  6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

  7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

  8. Fasal 7.1 dan 7.2 di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

  9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu.

 


 

Fasal 8 JAWATANKUASA

  1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih dua (2) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:

    SEORANG PRESIDEN
    Seorang Timbalan Presiden
    (Jika Presiden yang dipilih adalah bekas pegawaiPegawai Angkatan Tentera Malaysia, Timbalan hendaklah dari bekas Pegawai Polis DiRaja Malaysia yang di gazzetkan dan sebaliknya)

    Dua (2) orang Naib Presiden
    (seorang dari Bekas Pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan seorang lagi dari bekas Pegawai Polis DiRaja Malaysia yang digazzetkan)


    SEORANG SETIAUSAHA
    Seorang Penolong Setiausaha
    (Jika Setiausaha yang dipilih adalah bekas pegawaiPegawai Angkatan Tentera Malaysia, Penolongnya hendaklah dari bekas Pegawai Polis DiRaja Malaysia yang di gazzetkan dan sebaliknya)


    SEORANG BENDAHARI
    Seorang Penolong Bendahari
    (Jika Bendahari yang dipilih adalah bekas pegawai Pegawai AngkatanTentera Malaysia, Penolongnya hendaklah dari bekas Pegawai Polis DiRaja Malaysia yang di gazzetkan dan sebaliknya)


    Lapan (8) orang Ahli Jawatankuasa Biasa (Eseorang dari BekasPegawai AngkatanTentera Malaysia dan seorang lagi dari bekas Pegawai Polis DiRaja Malaysia yang di gazzetkan)


    Dua (2) orang perwakilan dari setiap negeri di Malaysia. (seorang dari BekasPegawai AngkatanTentera Malaysia dan seorang lagi dari bekas Pegawai Polis DiRaja Malaysia yang di gazzetkan)

  2. Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.

  3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalamMesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula tidak melebihi tiga (3) penggal.

  4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.

  5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sepuluh (10) kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-sekurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

  6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa:
    a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
    b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan
    c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausahakepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatit kedalam minit.

  7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.

  8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

  9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan.

  10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

  11. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Persatuan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, suratsurat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.

 


 

Fasal 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

  1. Presiden, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.

  2. Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaan nya.

  3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Persatuan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.

  4. Naib-Naib Presiden hendaklah menjalankan dua kerja-kerja kajian, mengumpul maklumat dari wakil-wakil negeri dan membuat tafsiran mengenai salah satu dari perkara-perkara berikut:
    a) Keselamatan dan Pertahanan Negara dan perkara-perkara yang berkaitan dengan nya; atau
    b) Keselamatan dan Keamanan Negara dan perkara-perkara yang berkaitan dengan nya.

  5. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja kerjanya dan memangku
    jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.


  6. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.

  7. Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerja nya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.

  8. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya dari masa kesemasa.

  9. Wakil-Wakil Negeri hendaklah menjalankan kerja-kerja yang di arahkan oleh naib naib Presiden berkenaan dari masa kesemasa.

 


 

Fasal 10 KEWANGAN

  1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan tujuan Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.

  2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Persatuan.

  3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha dan Bendahari.Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Persatuan semasa ketiadaan mana-mana penanda tangan tersebut.

  4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima RibuSahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00(Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Presiden, Setiausaha dan Bendahari.

  5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Persatuan.

  6. Tahun kewangan Persatuan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermuladari 1hb Januari.

 


 

Fasal 11 JURUAUDIT

  1. Dua (2) orang ahli Persatuan yang bukannya pegawai Persatuan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama dua(2) tahun boleh dilantik semula.

  2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Persatuan bagisetiap tahun kewangan berakhir. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat AgungTahunan.Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit penyata kewangan Persatuan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

 


 

Fasal 12 PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH

  1. Segala harta tidak alih Persatuan hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan Persatuan pada masa itu yangmana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh PendaftarPertubuhan dandimeteri dengan meteri Persatuan.

  2. Harta tidak alih Persatuan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.

 


 

Fasal 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

  1. Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.

  2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasaryang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

  3. Ahli Jawatankuasa Induk boleh dari semasa ke semasa membuat peraturan peraturan tatatertib persatuan dan undang-undang kecil atau peraturan pindaan yang difikirkan perlu bagi jawatankuasa-jawatankuasa yang di tubuhkan dari masa ke semasa selagi ianya tidak bertentangan atau selaras dengan perlembagaan ini.

  4. Undang-undang kecil atau peraturan pindaan itu boleh dari semasa ke semasa dipinda atau dibatalkan dengan syarat notis pembatalan atau pindaan itu di hantar kepada jawatankuasa jawatankuasa berkenaan 30 hari sebelum pindaan atau pembatalan itu boleh berkuatkuasa dan dalam tempoh itu bolehlah Jawatankuasajawatankuasaberkenaan jika dikehendaki, membuat apa-apa pembatalan kepada Setiausaha.

 


 

Fasal 14 PENASIHAT / PENAUNG

  1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layakmenjadiPenasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itumenyatakanpersetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.

 


 

Fasal 15 LARANGAN

  1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah JudiTerbuka, 1953 adalah dilarang di permis Persatuan.

  2. Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan didalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.

  3. Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.

  4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.

  5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada Persatuan bagi mencapai matlamat Persatuan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Persatuan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada mana mana ahli atau pekerja Persatuan.

  6. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.

 


 

Fasal 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN

  1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada PendaftarPertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

 


 

Fasal 17 PEMBUBARAN

  1. Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

  2. Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

  3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.

 


 

Fasal 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

  1. Bendera
    - Keterangan

  2. Lambang
    - Keterangan

  3. Lencana
    - Keterangan